Tuesday, March 19, 2013

The Asam Laksa ala Mek Sha



Hmmm.... Lama tak update blog ni.
Ada ke sesiapa yg suka makan asam laksa tapi masih tak tau nak membuat kuahnya. Tapi kalau ada yang masih tercari cari n nak mencuba rasa yang baru meh la try resepi kite ni. Perlu diingat ye ada banyak jenis laksa di Malaysia, Penang Asam Laksa, Laksa utara Laksa Johor, so jangan pulak nanti jadi mcm lain ye. Laksa yang myself buat ni lebih kepada laksa Kuala Kangsar..tapi versi Mek Sha (myself la tu). My sister pun teror buat laksa juga tapi version dia lain pula. Apapun uols tengok dulu presetation myself kat atas tu, kalau rasa mengiurkan silalah buat.. hahah.

Bahan Utama
Mestilah Laksa
Macam my mum dia buat sendiri je.. itu lah yang sedap. Laksa nya dibuat dari tepung gandum. Myself tak leh nak buat sebab tak da mesin untuk memproses laksa or me. huhuhu kesiankan.
Kalau anda tinggal kat Kuala Kangsar boleh je beli ready made laksa kat Pasar Besar Kuala Kangsar . Laksanya lembut di buat dari campuran tepung gandum. Tapi org K.Kangsar rata rata peminat tegar Laksa okay, diaorg nih sangat cerewet kalau makan laksa di tempat lain, termasukla myself haha.
Atau kalau tinggal kat KL ke cari je la ready made laksa kat pasar segar, biasanya ianya agak kenyal la.
Laksa

Bahan Kuahnya
1.5 liter air putih
4 ekor isi ikan sardin yang telah di blender
1 sardin tin yang paling kecil. biasa myself guna Ayam Brand Sardin in sauce. kalau nak guna yang lain pun boleh tapi maybe akan effect rasa lah. Kena gak hacurkan isinya ,just guna garfu memadai.
Lada boh cap Puteri yang paling kecil (rm1.20) 
5 hiris Asam keping
1 tangkai bunga kantan
se ikat daun kesum
1 x 1 cm belacan... hahah ini wajib. kalau nak letak lebih pun boleh ikut selera masing masing la.
2 labu bawang besar dan 5 biji cili padi (merah /hijau) di lumatkan (guna la cara apapun asalkan lumat/hancoq hahah)



Masukkan semua nya ke dalam periuk ,masak hingga mendidih. Pastu boleh la tambah garam secukup rasa. Kalau ada yang suka letak bahan perasa silalah letak ye.Jangan risau kalau kepedasan tak memenuhi citarasa waktu masak kuahnya sebab anda boleh je tambah hirisan cili padi masa menghidangkannya.
Senangkan.

Bahan craving  pula

Sebiji timun 
2 tangkai cilimerah 
cili padi 
Sebiji bawang besar 
daun Salad 
Semua tu dihiris kecil
Limau kasturi


Optional:
Petis bagi yang suka.
Telur rebus


Ha macam mana senang je kan. So sila la mencuba ye.