Hmm… kat mana mana org sibuk dengan resepi Takoyaki ni kan.
My self pun terpanggil nak buat, bukan sebab apa nampak mcm menyelerakan je
gambar yang diaorang upload kat web. Kalau beli pula tak puas makan. Mana
taknya 3 balls dah RM5.00.
So myself pun dapat resepi ni dari google dan buat
combination sikit. Sebab ada bahan yang mungkin kita tak dapat nak cari. Tapi
all the Japanese or yang mana mana baru balik dari Jepun tu jangan marah pula
kalau resepi my self tak menepati citarasa uols ya.
Bahan bahannya
250 Tepung Takoyaki (boleh didapati di Jaya Jusco)
Kalau tak ada tepung tu boleh je optional ikut resepi ni ha yg didapati dari bloger yg tak tak
kedekut ilmu:
-1 cawan tepung gandum
-1 biji telur
-Satu sudu the Baking
powder , satu sudu the garam halus
-300ml air)
Bancuh semua tu asal tak berketul, kalau kurang cair boleh je tambah air sedikit
demi sedikit, tapi jangan cair sangat ya.
1 butir telur
750ml air
Sotong (dipotong kecil dan dicelur)/ Fillet ketam dihiris nipis/ tuna slice
Kobis (dicincang halus)
secubit garam
Kicap Unagi @ kicap Sushi @ Takoyaki Sos
Sos Takoyaki buatan sendiri pun boleh tau
Caranya:
Bahan2 Sos Takoyaki (boleh
juga digunakan untuk Okonomiyaki)
1
cawan sos tomato
1
cawan worcestershire sos my self pilih brand Lea & Perin
2 cm
halia ~ diparut halus
1 ulas
bawang putih ~ diparut/tumbuk halus
¼
cawan gula
Masak semua tu sampai agak pekat. Sejukkan. boleh disimpan dalam bekas sos, dan
tahan disimpan dalai peti ais.
Cara-cara:
Bancuh tepung dengan air
Pukul telur dan masukkkan dalam bancuhan
masukkan secubit garam
Kacau sehingga tidak berketul atau tapiskan saja.
Panaskan acuan takoyaki
dengan api yang sederhana. Sapukan sedikit minyak masak dalam setiap lubang
acuan. Bila acuan dah agak panas, tuangkan batter ke setiap lubang acuan
sehingga penuh.
Note: Tapi kalo korang teringin
nak buat juga dan tak da takomaker boleh je gunakan acuan
kueh cara atau pun
dulang kek cawan yang saiz s tu. Hahaha… kalau tak da juga..masaklah apa
cara
sekalipun asal ianya masak ya. Boleh beli acuan kat JJ ye.
Kemudian tuang kan bahan isi dan kubis tu ya
Tuangkan lagi batter lapisi isi tu.
Boleh je letak minyak skit supaya senang untuk buat bentuk tako yg membulat tu ya. Guna kreaviti la cane nak kasi bulat atau tengok je klip video.
Masa memasak adalah 20 minit ya.
Bila dah masak angkat , pastu boleh lah taburkan kicap unagi/ sos takoyaki. dan mayonis
ada yang tabur serbuk ikan bilis (My self
tak letak)
Serbuk nori (seaweed)
Katsuo-boshi (hirisan ikan bonito nipis macam kertas ) Boleh dapat kat JJ (tapi my
self tak letak)
My self siap tabur additional kobis &
daun bawang kat atas tu sebab sukakan vege yang teramat sangat.
So apalagi ? Selamat mencuba ya.