Thursday, November 22, 2012

Crepe Durians

Hmm.... siapa penah dengar Crepe Durian nih.. Bila kawan kawan sibuk post kat Facebook, I pun apa lagi mcm tertarik juga la nakbuat. Actually I tak la berapa suka akan durian ni. Tapi memandangkan gaya masakannya di olah tu yg i cuba juga..

Cuba korang tengok rupanya tak ke macam kueh ketayap je.. tapi sebenarnya kulitnya da rasa vanilla yang enak tau.. jom kita tengok resepi yang I ambil dari kawan nih...


RESEPI KULIT

-50 GM TEPUNG GANDUM
-1 SDB TEPUNG UBI
-1 BIJI TELUR
-2 SUDU BESAR GULA HALUS
-3 SDT BUTTER DICAIRKAN 
-160 ML AIR 
-40 ML SUSU CAIR 
-1 SDK SERBUK VANILA
-BOLEH LETAK pwrna@ PERISA BUAH2AN YG ANDA SUKA.

CARA2..
-SATUKAN TEPUNG DAN AYAK GULA HALUS
-MASUKKAN SUSU CAIR..
-MASUKKAN TELUR YG DIKACAU SEDIKIT..
-MASUKKAN SERBUK VANILA@PERISA
-MASUKKAN AIR..KACAU SEBATI GUNA WHISK..
-MASUKKAN BUTTER YG DICAIRKAN..
-TAPIS ADUNAN..SEDIA UNTUK DI MASAK..

CARA MEMASAK..
-GUNAKAN KUALI ANTI LEKAT(NON STICK)
-@KUALI LEPER YG DISAPU SEDIKIT MYK
-TUANG SESENDUK KECIL ADUNAN DLM KUALI 
-JANGAN TEBAL @NIPIS SANGAT..
-BIARKAN MASAK SEKETIKA..BILA DH MASAK
TERUS ANGKAT ..TAK PERLU DITERBALIKKAN..
-MAKSUDNYA MASAK SEBELAH BAHAGIAN SAHAJA..

INTINYA..

-ISI DURIAN YG DI BUANG BIJINYA
-150ML FRESH CREAM (DIPUKUL KAKU)

Korang gulung la ikut kreativiti masing masing..
Selamat mencuba ya...