Thursday, September 27, 2012

Moist Chocolate cake with no egg

Chocolate Moist 
Salam all, kepada sesiapa yang tak suka mamam telur or alergic pada telur tu kan haa... meh kita cuba buat kek ni, Lagi satu kan masa buat kek ni my self tak guna mixer pun , just kocak kocak guna tangan sahaja. Sangat senang lor.




Nama kek nya Chocolate Moist, memang superb la. Jum tengok resepi nya kat sini ye.


Untuk  : loyang 6" x 6"
Bahan A :
  • 125 g tepung gandum
  • 1 sudu kfc  serbuk soda bikarbonat
  • 2 sudu kfc serbuk penaik
  • ***sudu kfc dgn sudu kecil biasa tak sama saiz ,tapi boleh je guna mana mana ye.
bahan B :
  • 1 cawan serbuk koko 
  • 1 cawan gula perang (siapa yg suka manis just follow sukatan, tapi myselg akan kurangkan skit)
  • 1/2 cawan susu pekat manis
  •  1 sudu kecil coffee emulco (guna coffee emulco..menambah kan kelazatan  rasa chocolate heheh)
  • 2 cawan fresh milk
  • 1/2 cawan minyak jagung atau apa apa minyak masakan le
  •  secubit garam
bahan C :
  • 1 sudu besar jus lemon
Cara caranya pula:
Bahan A tu kasi ayak sekali, pastu put aside la.

Baham B tu pula masukan semua dalam periuk kacau dgn api yg perlahan sebab nak kasi semua bahan tu mixed together. 
 Pastu  tutup api and let it cool aside. (My self jenis tak sabar, malas nak tunggu betul betul sejuk, asal suam je dah okay dah)

Then masukkan bahan A sedikit demi sedikit, Gaul guna senduk kayu lagi bagus la. Gaul n gaul sampai sebati.

Pastu masukkan bahan C. Kacau n kacau ya, tapi jgn lelama sgt  asal ia combine pun dah okay.

Tuangkan ke dalam acuan yg dah siap di gris ngan mentega. tutup ngan aluminium foil tau kat atas loyang tu. Haa..apa lgi masukkan le ke dalam pengukus. Kukus selama 50 minit or sejam or lebih la . Agak dah sejam tu boleh je buka pengukus, angkat alluminium foil tu n check guna stick, kalu melekat kat stick tu kena masak lagi la, tapi kalau tak melekat tu memang dah sah masak le tu.

Biar kek tu dok dalam loyang lebih kurang 10 minit sebelum dekeluarkan.

Untuk hiasa atau menambah selera boleh la letak toping kat atas kek tu
Bahan bahan:

bahan-bahan :
  • 170  gm coklat masakan perisa yg disukai le (potong kecil)
  • 40gm butter or minyak masak
  • 40ml susu segar/ susu cair
panaskan dalam periuk dan cairkan adunan dgn double boil ,kacau hingga agak pekat. Padamkan api. Bila dah suam tu boleh lah curah atas kek and letak la apa yg you all suka.

Selamat mencoba tau...

Monday, September 17, 2012

Lacely Biscuits

Hi ... Biskut ni dibuat sempena cuti Hari  Malaysia..memang cuti yang panjang buatku..so apa lagi my self pun cubalah satu resepi baru yang di pelajari dari blog kawan... tapi ini hanya permulaan tau... Jom kita tengok macam mana rupanya ye...

Tadaaaa..... inilah rupanya  

Memang next time kena guna pembaris pula..hahah



Will sharpen my skill, next time will try with color combination . 

My self just letak gambar je kat sini, kalau ada masa myself will letak resepi itu pun subject to request okay.


Tuesday, September 11, 2012

Chocolate Moist Cake


Hah.. My family sukalah sangat makan chocolate cake nih dari my Hb hinggalah ke youngest son. Termasuk la juga my colleague. Apa la yang sedap sangat tu.. meh kita tengok my resepi ni..kalau ada bezanya dgn u all punya kasi tau ek.


Bahan A
sediakan satu periuk
untuk masak dengan api perlahan benda benda nih.. 
1 cawan serbuk coco
1 cawan susu cair apa brand pun boleh la
1/2 cawan susu pekat
1 cawan gula , kalau yang tak suka  manis tu leh kurangkan kuantiti gula tu tau
1 cawan minyak mazola atau minyak masak biasa pun boleh, asal tak guna cap knife udah sebab itu ada rasa kekacang kan, kang lain lak rasa kek tu.

Memula kan kacau dulu bagi sekata, pastu dengan api perlahan masak la , jangan sekali tinggalkan takut kat bawan dia nanti berkerak, senantiasa la kacau periuk tu. Agak dah semua sebati dan tak berketul leh tutup api. Then biarkan sejuk kat situ, jangan diusik usik lagi..

Bahan B
Next g pukul telur lak
3 biji telur kalau boleh gred A atau B
kita pukul sampai kembang tau, kira sampai kaler nya change ke putih n gebu la. pastu put aside la 

Bahan C
Lepas itu g la sediakan bahan berikut lak
1 1/4 cawan tepung gandum
1 sudu teh sodium bikarbonat
1 sudu teh baking powder
Ha.. apa lagi, masukkan semua tu dalam ayak, ayak la 

Now kita masukkan bahan A dalam bahan B sedikit demi sedikit, guna spatula atau senduk kayu je, kacau la sampai sebati, pastu masukkan bahan C la pulak, tapi ingat! skit demi sedikit tau, kalau masuk skali takut nanti berketul ketul haa..tak dapet nak nolong eyyy.

Semua pun dah gaul kan..

So sediakan la dulang berukurang 8 to 9 inci, gris kat dulang tu dulu atau leh alas ngan paper. gris ngan butter pun boleh atau kalau tak da butter/margerin boleh je spray ngan minyak masak tadi tu. Next tuang la batter tu ke dalam loyang tu. 
Sebab kita nak masak ala kukus so kena la tutup atas dulang tu ngan aluminium foil, supaya air wap tu tak jatuh dalam kek tu.
kukus selama 40 ke 50 minit tau.

bila dah masak tu jangan terus keluarkan dari dulang, biar ia sejuk kat atas rack sekejap. dah agak sejuk boleh la keluarkan dari dulang kukus tu. Then biarkan kek tu sejuk betul.

Sementara itu boleh la buatkan coklat utnuk curahkan kat atas kek tu pula:
Myself just gunakan coco powder setengah cawan, susu pekat 3/4 cawan and butter 2 sudu, panaskan atas api kecil sampai sebati. Biarkan ia suam skit untuk dituang atas kek tadi. Note-kalau nak banyak boleh je tambah sekali ganda, kepada yg suka pahit coklat tu boleh la lebihkan coklat ye. Agak agaklah ye

Cara nak curah coklat terpulang la pada kreativiti, for my self biasanya belah kek tu kpd 2 atau 3 bahagian, pastu curah coklat setiap lapisan . yang atas skali tu kita curah banyk skit. Pstu boleh la taburkan dengan coklat chip ke choclate rice ke, buah cheri ke stroberi ke.

Selamat mencoba tau...

Tadaaaa..... ini salah satu nya...



September 12

 Chocolate Cake for my Birthday

 Alhamdulillah I still alive until at the age of 38

I Wish to be truly Islam
I Wish to be truly slave to Allah Almighty 

I wish to be faithfulness to HB
I wish to be a good mother
I wish to be a good daughter/ sister/ relative/ friend /worker
I wish my life be starlight
I wish my life be star-bright
I wish zillions of stars gaze over me

I wish all made come true
May all my dreams come true
May all my desires be filled

Happy birthday to my self.

Sunday, September 9, 2012

Kek Pandan Layered la pulak

Ha..jadi juga akhirnya kek Pandan Berlapis aku nih... resepi yang di ambil dalam salah satu blog kat my resepi. Memang banyak membantu. Sangat la senang membuatnya. Kalau tak caya meh la tengok resepi n tatacara membuatnya kat sini:


·         BAHAN2 UNTUK KEK:-
·         5 biji telur Gred A
·         160 g gula
·         125 g tepung gandum*
·         1 camca teh baking powder*(*disatukan dan diayak)
·         75 g minyak jagung
·         15 g ovallate
·         1 camca teh paste pandan
·         2 camca besar susu segar/cair

·         BAHAN2 UNTUK KASTARD:-
·         1050 g santan
·         225 g gula
·         10 g serbuk jelly
·         1 camca teh paste pandan
·         100 g tepung Hoen Kwee (warna hijau)
·         75 ml jus pandan (kisar 4 helai dan pandan dgn 75 ml air, kemudian tapis)
·         Secubit garam 

     Cara membuatnya pula

  1. UNTUK KEK:- Satukan telur, ovalatte, gula dan paste pandan. Pukul hingga kembang dan gebu. Perlahan kan speed dan masukkan tepung sedikit demi sedikit hingga habis. Masukkan juga susu. Gaul rata.

  2.  Masukkan minyak jagung dan gaul rata. Tuang dalam tin berukuran (8 x 8 x 3) inci yg telah di sapu dgn mentega dan alas dasarnya dgn kertas. Sapukan juga permukaan kertas dgn mentega.

  3.  Bakar dalam oven yg telah dipanaskan pada suhu 175C selama 30 minit. Bila masak keluarkan kek dari oven dan sejukkan. Kecilkan sedikit kek dgn cara memotong bhg tepi kek sehingga menjadi (7 x 7) inci. Kemudian potong mendatar sebanyak 3 keping.
    1. UNTUK KASTARD:- Satukan semua bahan2 untuk kastard dalam bekas tahan panas. Masak diatas air mendidih (secara double boiler), gunakan wisk, kacau hingga pekat dan berkilat. Mastikan api dan biar suam sedikit sebelum dilapis dgn kek.

    2. UNTUK MEMBUAT KEK LAPIS PANDAN:- 
      Gunakan tin berukuran (8 x 8 x 3) inci. Tuang 1/3 adunan kastard dan ratakan. Lapiskan dgn sekeping kek. Tekan sedikit. Tuang lagi 1/3 kastad dan lapiskan dgn sekeping lagi kek. Ratakan biar memenuhi bhg yg kosong. Lapiskan lagi dgn sekeping kek dan kemudian kastard dan diakhiri dgn kek. Isi ruang2 tepi kek dgn lebihan kastard.

    3.  Kemudian masukkan dalam peti sejuk sekurang2nya 1 jam. Keluar kan kek dari acuan dan salut dgn kelapa kering.

    4.  Bahagian yg ber kastard tu di atas dan kek dibawah. Ini bermakna kek nie dimulai dgn bhg kastard dan akhir dgn kek..
    5. Haa... gitew le selamat mencuba tau..resepi ni memang menjadi la.. InsyaAllah.