Thursday, September 27, 2012

Moist Chocolate cake with no egg

Chocolate Moist 
Salam all, kepada sesiapa yang tak suka mamam telur or alergic pada telur tu kan haa... meh kita cuba buat kek ni, Lagi satu kan masa buat kek ni my self tak guna mixer pun , just kocak kocak guna tangan sahaja. Sangat senang lor.




Nama kek nya Chocolate Moist, memang superb la. Jum tengok resepi nya kat sini ye.


Untuk  : loyang 6" x 6"
Bahan A :
  • 125 g tepung gandum
  • 1 sudu kfc  serbuk soda bikarbonat
  • 2 sudu kfc serbuk penaik
  • ***sudu kfc dgn sudu kecil biasa tak sama saiz ,tapi boleh je guna mana mana ye.
bahan B :
  • 1 cawan serbuk koko 
  • 1 cawan gula perang (siapa yg suka manis just follow sukatan, tapi myselg akan kurangkan skit)
  • 1/2 cawan susu pekat manis
  •  1 sudu kecil coffee emulco (guna coffee emulco..menambah kan kelazatan  rasa chocolate heheh)
  • 2 cawan fresh milk
  • 1/2 cawan minyak jagung atau apa apa minyak masakan le
  •  secubit garam
bahan C :
  • 1 sudu besar jus lemon
Cara caranya pula:
Bahan A tu kasi ayak sekali, pastu put aside la.

Baham B tu pula masukan semua dalam periuk kacau dgn api yg perlahan sebab nak kasi semua bahan tu mixed together. 
 Pastu  tutup api and let it cool aside. (My self jenis tak sabar, malas nak tunggu betul betul sejuk, asal suam je dah okay dah)

Then masukkan bahan A sedikit demi sedikit, Gaul guna senduk kayu lagi bagus la. Gaul n gaul sampai sebati.

Pastu masukkan bahan C. Kacau n kacau ya, tapi jgn lelama sgt  asal ia combine pun dah okay.

Tuangkan ke dalam acuan yg dah siap di gris ngan mentega. tutup ngan aluminium foil tau kat atas loyang tu. Haa..apa lgi masukkan le ke dalam pengukus. Kukus selama 50 minit or sejam or lebih la . Agak dah sejam tu boleh je buka pengukus, angkat alluminium foil tu n check guna stick, kalu melekat kat stick tu kena masak lagi la, tapi kalau tak melekat tu memang dah sah masak le tu.

Biar kek tu dok dalam loyang lebih kurang 10 minit sebelum dekeluarkan.

Untuk hiasa atau menambah selera boleh la letak toping kat atas kek tu
Bahan bahan:

bahan-bahan :
  • 170  gm coklat masakan perisa yg disukai le (potong kecil)
  • 40gm butter or minyak masak
  • 40ml susu segar/ susu cair
panaskan dalam periuk dan cairkan adunan dgn double boil ,kacau hingga agak pekat. Padamkan api. Bila dah suam tu boleh lah curah atas kek and letak la apa yg you all suka.

Selamat mencoba tau...

No comments:

Post a Comment