Tuesday, December 11, 2012

Pancake ala Mek Sha

Pencake ni sangat sesual  untuk dimakan waktu pagi specially. 


Kalau dimakan dengan fresh cream lagi la sedap.. boeh ditambah dengan fresh banana.ke strawberry ke untuk memikat selera anak anak. apapun ikut la kreativiti  korang dalam menghias ye

Nak Resepi ke?
Mudah je buatnya tau,

1 butir telur gred A
1/3 cawan gula castor
2 sudu besar butter

blend guna electric whisk/ kalau tak da guna blender pun boleh
ditambah dengan
2 cup susu segar/ cucu cair 
1 sudu teh perasa vanilla atau apa sahaja perasa yg korang suka lah
last sekali tambah
*peringatan.. tepung perlu dimasukkan sedikit demi sedikit tau, kalau tak berketul nantinya.
1/2 cawan tepung gandum -diayak
1 sudu teh baking powder- di ayak
last sekali masukkan..
1/2 sudu teh garam halus
Blend hingga berbuih

Sedia untuk di masak.

Sediakan kuali non stick ye

I suka sahaja menambahkan seperti kekacang dalam pencake, caranya sebelum memasak batter tu letakkan sesudu badam cincang kemudia di tuang bater keatasnya. Masak sehingga kuning keemasan la. kena masak 2 dua side ya.

Untuk deco guna kreativiti masing masing ya boleh tambah apa sahaja buah buahan segar dan madu atau cream.




No comments:

Post a Comment