Kentang Goreng Special
Satu lagi hidangan simple buat anak anak ku yang kurang selera makan ni.Kentang Goreng Rangup
5 biji kentang dipotong bulat dan 1/2 mm tebal.
1/2 cawan tepung mill penuh
1 butir telur dikocakkan terlebih dahulu
1/2 sudu kecil garam bukit ....hehehe
1/2 sudu teh sebuk lada sulah.. tak letak pun tak pa.
1 cawan bread crumb.
minyak untuk menggoreng.
Cara -caranya:-
Kentang yang di potong di gaul dengan garam dan lada sulah diperapkan selama 1/2 jam.
Celupkan kentang didalam tepung
celupkan pula di dalam telur
akhir sekali sadurkan dengan bread crumb.
Goreng dalam minyak yg mendidih sehingga kuning keemasan.
Toskan minyak kemudia boleh di hidangkan dengan sos cili/tomato atau mayonis.
Selamat menjamu kanak2 di petang hari.
ermm..boleh cuba petang ni...
ReplyDelete